Tip dan aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah, Terengganu - OhVacay.Com

Tip dan aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah, Terengganu


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian sehari saya ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Percutian yang singkat, tapi penuh makna.

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Secara ringkasya, Pulau Lang Tengah berada di Terengganu iaitu di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Keadaan di Pulau Lang Tengah cukup tenang. Pantainya cukup jernih dan pasir nya sangat halus. Semasa kunjungan saya, jumlah pengujung tidak ramai dan berkemungkinan pulau ini masih baru dan belum diketahui ramai. Selain itu, di pulau ini tiada perkampungan seperti di Pulau Perhentian Kecil. Mengikut pengamatan saya, hanya ada tiga buah resort yang beroperasi di Lang Tengah iaitu:
- D'Coconut lagoon
- Summer Bay Lang Island Resort
- Sari Pasifica Resort.

Dalam hal ini anda tiada banyak pilihan untuk menginap. Dari segi kemudahan makanan pula, anda hanya boleh mendapatkan makanan dari resort di sekitar pulau sahaja. Tiada  restoran atau kedai makan persendirian (seperti di Pulau Perhentian) yang beroperasi melainkan ianya milik resort. Jadi untuk berjimat anda boleh membawa makanan dari daratan. Berikut saya senaraikan antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Pulau Lang Tengah.

Aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah

1- Snorkeling
2- Scuba Diving
3- Jungle Trekking
4- Kayak
5- Bermain bola tampar
6- Mandi di sekitar pulau
7- dan lain-lain

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Bagi mereka yang berminat untuk ke Pulau Lang Tengah, di sini saya kongsikan cara untuk ke sana.

Catatan: Pastikan anda membuat semakan tentang kekosongan bilik sebelum memulakan percutian. 

Cara ke Pulau Lang Tengah, Terengganu

Untuk ke Pulau Lang Tengah anda mempunyai dua pilihan iaitu menggunakan pengankutan awam atau memandu kereta. Sekiranya anda memandu, anda boleh berpandukan arah ke jeti Merang. Anda tidak perlu risau tentang parking kerana banyak kawasan parking berbayar yang disediakan. Untuk lebih selamat, anda juga boleh memilih kawasan parking di dalam kawasan pagar rumah.

Manakala, sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, anda boleh memilih untuk menggunakan bas atau kapal terbang. Sekiranya anda menggunakan bas, anda boleh mengambil laluan perjalanan ke stesen bas Kuala Terengganu. Dari sini anda perlu mendapatkan taksi atau bas antara bandar (bas yang menggunakan laluan Kuala Besut-Kuala Terengganu). Sekiranya anda tidak yakin dengan tempat untuk turun, anda boleh meminta pemandu bas untuk berhenti apabila sampai di jeti Merang. Dari sini anda perlu berjalan kaki sekitar 10 minit ke jeti. 

Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Bagi yang memilih untuk menggunakan kapal terbang pula, anda boleh memilih laluan ke lapangan terbang Kuala Terengganu. Dari sini anda boleh menggunakan taksi.

Untuk ke Pulau Lang Tengah anda perlu mendapatkan bot dengan bayaran sekitar RM100++ seorang (dua hala). Perjalanan dari jeti Merang ke Pulau Lang Tengah mengambil masa sekitar 30 minit.

Tip dan aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah, Terengganu Tip dan aktiviti menarik di Pulau Lang Tengah, Terengganu Reviewed by Lah Mohd on 02:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.