Alhamdulliah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman percutian 3H2M di Pulau Perhentian Terengganu.
Secara ringkasnya, Pulau Perhentian merupakan antara pulau tercantik di Malaysia dan terletak di Terengganu dan berdekatan dengan negeri Kelantan. Pulau Perhentian terdiri dari dua gugusan pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.
Namum dari segi kemeriahan, Pulau Perhentian Kecil lebih menjadi tumpuan memandangkan terdapat pelbagai kemudahan dan mempunyai perkampungan. Antara kemudahan di Pulau Perhentian Kecil adalah seperti masjid, sekolah dan balai polis. Selain itu pengujung ditawarkan dengan pelbagai pilihan makanan dan aktiviti. Manakala Pulau Perhentian Besar lebih tertumpu kepada pembangunan resort.
Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Perhentian Kecil mengambil masa sekitar 30 minit. Sepanjang 3H2M di Pulau Perhentian, saya menginap di Sunrise Guest House. Dari jeti anda perlu berjalan sekitar 10 minit. Dari segi kemudahan, bilik yang saya pilih hanya menyediakan keperluan asas (kipas, katil) dan anda perlu berkongsi tandas.
Aktiviti manarik di Pulau Perhentian
1- Menikmati sunset/ sunrise
2- Mendaki bukit
3- Snorkeling
4- Scuba Diving
5- Berkayak
6- Island hoping
Dari segi makanan, harga boleh dikatakan agak mahal iaitu 2 kali ganda dari daratan. Walaupun begitu, terdapat banyak pilihan yang ditawarkan terutamanya di sekitar kampung nelayan (fisherman village).
Bagi yang berminat ke Pulau Perhentian, disini saya kongsikan cara ke Pulau Perhentian.
Catatan: Sepanjang saya menginap di Sunrise Guest House, bekalan eletrik hanya tersedia dari jam 6 petang - 9 pagi.
Cara ke Pulau Perhentian
Sekiranya anda teringin ke Pulau Perhentian, anda mempunyai dua pilihan iaitu dengan memandu atau menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya anda memandu, anda boleh berpandukan arah ke jeti Kuala Besut. Ini kerana jeti Kuala Besut merupakan antara penghubung kepada Pulau Perhentian.
Manakala, sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, anda mempunyai dua pilihan iaitu menggunakan bas atau kapal terbang. Bagi yang menggunakan bas, anda boleh memilih sebarang laluan perjalanan asalkan ianya menuju ke Kuala Besut. Bagi yang memilih untuk menggunakan kapal terbang, anda boleh membeli tiket ke lapangan terbang Kota Bharu dan dari sana anda boleh menggunakan taksi.
Di jeti Kuala Besut anda perlu mendapatkan tiket bot dengan harga RM70 (dua hala). Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit dan kebiasannya bot ke Pulau Perhentian bergerak di awal pagi.
Tip dan aktiviti menarik di Pulau Perhentian, Terengganu
Reviewed by Lah Mohd
on
22:04:00
Rating:
No comments: