Alhamdulliah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian saya selama 3H2M di Bandung.
Percutian ini merupakan percutian yang dirancang cukup lama. Ini kerana, ini pertama kali saya bercuti bersama mereka yang telah berkerja. Kebiasaannya saya hanya bercuti dengan mereka yang masih belajar memandangkan saya juga pelajar sepenuh masa.
Perjalanan dari KLIA2 ke Bandung mengambil masa sekitar 2 jam. Semasa di dalam penerbangan anda akan diberikan borang "declaration" dan "arrival". Borang ini perlu di isi dan diserahkan kepada pihak imigresen semasa ketibaan. Suasana di lapangan terbang Bandung cukup lengan. Orangnya tidak ramai dan boleh digambarkan sepert lapangan terbang domestik di Malaysia.
Sepanjang di Bandung saya menginap di Pulas Inn dan menggunakan perkhidmatan sewa kereta + permandu dari "DOM Car Rental". Perkhidmatan yang diberi cukup memuaskan. Pemandunya menepati masa dan ramah.
Dari segi suasana persekitaran, keadaan di Bandung cukup berbeza dengan Malaysia. Penduduknya cukup ramai dan boleh dikatakan agak padat. Di setiap penjuru Bandar Bandung anda boleh melihat peniaga-peniaga kecil melakukan urusan jual beli.
Dari segi tempat menarik pula, Bandung kaya dengan lokasi menarik yang wajib anda kunjungi. Penduduknya cukup kreatif dalam mencipta daya tarikan kepada pengunjung. Contohnya seperti di Dusun Bambu. Berikut saya senaraikan antara tempat menarik untuk anda kunjungi.
Tempat makan menarik di Bandung:
1- Kampung Daun
2- Sapu Lidi
3- Saung Andir
4- Saung Gawir
Tempat menarik di Bandung:
1- Kawah Putih
2- Cidabuyut
3- Rumah Mode
4- Situ Patenggang
5- Factory Outlet Jalan Dago
6- Factory Outlet Jalan Riau
7- Kedai kain Sudirman
8- Pasar Baru
9- Dusun Bambu
10- Floating Market
11- Ladang strawberry
11- Ladang strawberry
12- Ladang teh
13- Kartika Sari
13- Kartika Sari
Jadi sekiranya anda teringin bercuti ke Bandung tapi tidak mempunyai budget yang besar, saya sarankan anda bercuti tanpa menggunakan pakej. Ini kerana, mengikut pengalaman saya tiada perkara yang perlu anda risaukan. Semua urusan anda boleh urusankan sendiri. Sekiranya anda menyewa kereta + pemandu, anda tidak perlu takut untuk sesat. Ini kerana pemandu akan menjemput dan menunggu anda sehingga urusan anda selesai. Boleh dikatakan pemandu akan sentiasa mengikut anda sepanjang masa.
Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk ke tempat menarik atau tempat makan yang sesuai, anda boleh meminta pemandu untuk cadangkan. Ini kerana, mengikut pengalaman saya, pemandu akan membawa anda ke tempat makan yang selesa, harga berpatutan dan makanan yang sedap. Dalam hal ini, anda hanya perlu memberitahu jenis makanan yang anda inginkan sahaja.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi hantaran kawin atau barangan untuk berniaga, Bandung merupakan tempat yang sesuai. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan barangan yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan. Anda boleh tawar menawar sehingga anda berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.
Catatan: Jangan membeli barangan di jalanan atau dari penjual jalanan. Ini kerana sekiranya anda membeli dari seorang penjual, maka penjual lain akan turut mengerumuni anda. Kemungkinan untuk anda membeli dari setiap peningga yang mengerumuni anda adalah sangat tinggi.
Tips Menarik
1- Tempat terbaik untuk membeli key-chain adalah di Pasar Baru.2- Sebelum membeli pastikan anda membuat tawar-menawar.
3- Elakkan membeli barangan dari peniaga jalanan.
4- Pastikan anda mencuba minuman berasaskan buah. Rasanya sedap dan pekat. Contohnya, anda boleh mencuba jus avocado atau alpuket.
Tip dan tempat menarik di Bandung - Sewa kereta + Supir
Reviewed by Lah Mohd
on
07:32:00
Rating:
No comments: