Alhamdulliah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian saya selama 4H3M di District 1 Ho Chi Minh City, Vietnam.
The Independent Palace |
Trip ni saya lakukan sekitar bulan Februari 2016 bersama dua orang rakan. Konsepnya, adalah backpacker. Sepanjang percutian saya tidak menggunakan sebarang pakej atau tour guide dan semua aktiviti disusun sendiri. Untuk ke lokasi menarik saya hanya menggunakan bas atau berjalan kaki sahaja.
Penerbangan dari KLIA ke Ho Chi Minh City mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Semasa ketibaan anda tidak perlu mengisi sebarang borang. Anda boleh terus beratur untuk mendapatkan cop imigresen. Dalam hal ini, visa tidak diperlukan bagi tempoh lawatan kurang dari 30 hari.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan bas ke Ben Thant, anda boleh menggunakan bas bernombor 152 yang berada di depan pintu ketibaan. Untuk makluman, lapangan terbang di Ho Chi Minh sedikit berbeza dengan Malaysia. Ruang menunggu bagi pelawat berada di luar bangunan terminal. Jadi bila anda keluar anda akan terus nampak bas berada di depan pintu keluar balai ketibaan.
Dari segi makanan halal, anda tidak perlu risau. Ini kerana di sekitar Ben Thant Market terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan halal. Secara spesifiknya, lokasi restoran ini berada di sekitar Malaysia Street atau Nguyen An Ninh Street. Namun harganya sedikit mahal iaitu sekitar VND100,000 seorang untuk sekali makan. Dari segi hotel pula, harganya tidak terlalu mahal dan mampu milik.
Memandangkan bandar Ho Chi Minh agak sibuk, jadi anda perlu berhati-hati semasa melintas jalan. Untuk melintas, anda tidak perlu untuk menunggu sehingga laluan kosong tetapi cukup apabila keadaan menjadi sedikit reda/tenang (kecuali di lampu isyarat). Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga kenderaan tiada di jalan, kebarangkaliannya agak rendah. Anda tidak perlu ragu atau takut untuk melintas semasa kenderaan masih ada kerana kenderaan akan cuba untuk mengelak daripada terkena anda.
Memandangkan bandar Ho Chi Minh agak sibuk, jadi anda perlu berhati-hati semasa melintas jalan. Untuk melintas, anda tidak perlu untuk menunggu sehingga laluan kosong tetapi cukup apabila keadaan menjadi sedikit reda/tenang (kecuali di lampu isyarat). Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga kenderaan tiada di jalan, kebarangkaliannya agak rendah. Anda tidak perlu ragu atau takut untuk melintas semasa kenderaan masih ada kerana kenderaan akan cuba untuk mengelak daripada terkena anda.
Sekiranya matlamat percutian anda untuk membeli-belah, lokasi terbaik untuk anda menginap adalah di sekitar Ben Thant Market atau di sekitar Malaysia Street atau Nguyen An Ninh Street. Untuk makluman anda, di sekitar Ben Thant Market ramai peniaga yang agak fasih berbahasa melayu. Jadi ini secara tidak langsung memudahkan urusan anda untuk berbelanja. Selain berbelanja anda juga boleh ke lokasi menarik sekitar Ben Thant Market dengan berjalan kaki sahaja.
Tempat menarik/ bersejarah di Disrtict 1 Ho Chi Minh City
1- Saigon Opera House
2- Notre Dome Cathedral
3- Saigon Central Post Office
4- Independence Palace
5- War Muzeum
6- Bitexco Financial tower
Tempat berbelanja menarik di Disrtict 1 Ho Chi Minh City
1- Malaysia Street atau Nguyen An Ninh Street (lebih meriah di waktu malam)
2- Ben Thant dan lot kedai sekitar Ben Thant
3- Ben Thant Night Market
4- Taka Plaza
5- Saigon Square
6- Dong Khoi Street
7- Vincom Center
Tips Menarik
1- Pastikan anda tawar menawar sebelum membeli. Anda boleh membuat tawaran sehingga 50%-70% dari harga asal. Sekiranya peniaga telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu membeli barangan tersebut atau anda mungkin akan dimarah sekiranya meninggalkan kedai tanpa membeli barang yang telah ditawar.
2- Untuk berjimat anda boleh menggunakan bas;
Bas No 152 - lapangan terbang - District 1/ Ben Thant - lapangan terbang (Tiket VND5000).
Bas no 1 - District 1/ Ben Thant - Binh Tay - District 1/ Ben Thant (Tiket VND5000).
3- Di Ben Thant market anda boleh berbelanja dengan menggunakan Ringgit Malaysia (RM). Tapi untuk hotel, tiket bas dan makan anda perlu membayar dalam matawang VND. Namun, memandangkan ringgit telah mengalami susut nilai kemungkinan untuk mereka terima mungkin rendah.
4- Makanan halal sangat mudah didapati. Anda hanya perlu ke Malaysia Street atau Nguyen An Ninh Street yang berada bersebelahan dengan Ben Thant market.
5- Masa terbaik untuk membeli key-chain atau souvenir adalah di malam hari. Anda boleh membelinya di Ben Thant Night market yang dibuka dari 7 malam.
6- Kebanyakkan lokasi menarik berada di sekitar Ben Thant. Kesemua lokasi yang saya senaraikan di atas boleh dikunjungi dengan berjalan kaki sahaja.
7- Bagi lelaki, sekiranya anda ingin mengelak dari disentuh oleh peniaga terutamanya di dalam Ben Thant Market, anda boleh menyilang tangan di tubuh InsyaAllah dengan cara ni kebarangkalian anda disentuh boleh dikurangkan.
8- Anda boleh menggunakan bahasa melayu semasa membeli. Kebanyakan peniaga boleh berbahasa melayu.
9- Sekiranya anda ingin membeli beg backpack, anda boleh ke kedai yang berada di sebelah kiri Taka Plaza. Lokasi kedai berada di aras dua.
Petunjuk: Anda akan nampak banyak beg digantung di sekitar laluan ke aras dua. Dengan RM100 anda sudah boleh mendapatkan beg backpack bersaiz besar.
Tip dan tempat menarik di District 1 Ho Chi Minh City, Vietnam
Reviewed by Lah Mohd
on
05:35:00
Rating:
No comments: