Alhamdulillah, masih diberi kesempatan unuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian saya selama 3H2M di Kota Kinabalu, Sabah.
Kota Kinabalu
Ini merupakan kali kedua ke Sabah. Kali pertama adalah pada 2014. Walaupun sudah dua kali ke Sabah, rasanya masih belum puas untuk saya meneroka keindahan alam yang terdapat di Sabah. Suasananya cukup tenang. Bagi saya Sabah antara negeri yang cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi dan kurang pencemaran.
Tempat menarik di Sabah
1- Melihat sunset di Tanjung Aru
2- Menikmati keindahan pantai di Teluk Likas pada waktu pagi
3- Philippine Market
4- Jeselton Point
5- Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Gaya)
6- Pekan Nabalu
7- Kinabalu Park
8- Pasar Besar Kota Kinabalu
9- Desa Cattle Dairy Farm
10- Tagal Sungai Moroli,Kg Luanti
11- Poring Hot Spring
12- Aquarium & Marine Muzium
13- Atkinson Clock Tower
14- Menara Tun Mustapha
15- Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
16- Ladang teh Sabah
18- War Memorial
War Memorial
Selain daripada banyak tempat menarik, bagi saya Sabah antara negeri yang menawarkan harga makanan laut yang cukup murah dan segar. Ini kerana, mengikut pengalaman dengan budget serendah RM50 anda sudah boleh membeli beberapa kilo barangan basah seperti udang, ketam, sotong dan ikan yang bersaiz besar. Lebih terasa nikmatnya apabila anda memasaknya sendiri. Ini kerana anda boleh masak mengikut citarasa sendiri dan makan sepuas-puasnya.
Untuk makluman, bagi warga semenanjung yang ingin bercuti ke Sabah anda tidak perlu mengemukan passport tapi cukup dengan menunjukkan kad pengenalan. Semasa pemeriksaan imigresen anda akan diberikan satu resit/ permit lawatan dan perlu diserahkan semula apabila anda ingin pulang ke semenanjung.
Gunung Kinabalu
Dari segi penginapan dan pengangkutan pula, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Mengikut pengalaman, kenderaan yang ditawarkan cukup selesa dan dalam kadaan yang baik. Manakala, homestay yang ditawarkan cukup bersih dan selesa.
Tip Menarik
1- Buat tawar menawar sebelum membeli barang terutamanya di Philippine Market.
2- Pastikan anda mencuba makanan laut. Disarankan untuk anda memasak dengan membeli sendiri barangan basah di pasar basah (berada di belakang Pasar Besar Kota Kinabalu).
Tip dan tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah
Reviewed by Lah Mohd
on
08:19:00
Rating:
No comments: