Tip dan tempat menarik di Pulau Langkawi - OhVacay.Com

Tip dan tempat menarik di Pulau Langkawi


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian 3H2M saya ke Pulau Langkawi, Kedah.

Langkawi
Langkawi

Bagi rakyat Malaysia, Langkawi tidak asing lagi sebagai kawasan bebas cukai selain sejarahnya yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Keluasan pulau Langkawi tidak lah terlalu besar. Dengan menyewa kenderaan anda boleh meneroka keseluruhan pulau dalam masa sehari atau dua hari sahaja. Tapi sekiranya anda ingin keselesaan, anda perlu menambah bilangan hari agar kesemua aktiviti yang anda rancang dapat dilakukan tanpa terkejar masa.

Dari segi penginapan, harga yang ditawarkan agak berpatutan. Anda boleh memilih sama ada untuk tinggal di motel, homestay atau hotel ternama. Mengikut pengalaman, walaupun menyewa di motel, perkhidmatan yang di tawarkan cukup selesa. Dengan mengeluarkan budget serendah RM50 anda sudah mampu untuk mendapatkan "double room" yang selesa.

Bagi memudahkan anda bergerak ke tempat menarik, disarankan untuk anda menyewa kereta atau motosikal. Sekiranya anda menginap di motel atau guest house, kebiasaanya pihak motel atau gueshouse turut menawarkan perkhidmatan sewa motosikal. Jadi anda boleh menyewa daripada mereka. 

Mengikut pengalaman saya, lokasi terbaik untuk menginap adalah di sekitar pantai Chenang. Ini kerana banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini selain terdapat banyak pilihan kedai makan dan cenderahati. Untuk makluman anda, sekiranya anda menginap di sekitar pantai Chenang, anda hanya perlu berjalan kaki ke tempat-tempat menarik sekitarnya. 

Antara tempat menarik di sekitar Pantai Chenang

1- Underwater world Langkawi
2- Lot-lot kedai sekitar pantai Chenang
3- Pantai Chenang
4- Aktiviti sukan air sekitar pantai Chenang
5- Mengambil pakej island hoping 

Tempat menarik lain yang wajib anda lawati

1- Dataran helang di jeti Kuah
2- Langkawi Cable Car
3- Air terjun Telaga Tujuh
4- SkyBridge di Gunung Mat Cincang
5- Pantai Tanjung Rhu
6- Gunung Raya
7- Air Terjun Temurun
8- Dataran Helang
9- Makam Mahsuri
10- Galeria Perdana
11- Pekan Kuah

Selain daripada tempat yang saya senaraikan di atas, anda juga boleh ke lokasi di bawah. Kesemua lokasi ini adalah antara daya tarikan terbaru di Pulau Langkawi.

Tempat tarikan terbaru di Langkawi

1- Art in Paradise
2- 5D Muzium (Believe Langkawi)

Untuk ke Pulau Langkawi anda mempunyai tiga pilihan iaitu:

1- Menaiki feri di jeti Kuala Perlis
2- Menaiki feri di jeti Kuala Kedah atau
3- Menggunakan kapal terbang

Tips menarik

1- Pastikan anda menyewa atau menginap di sekitar Pantai Chenang. 
2- Elakkan bercuti di waktu puncak atau musim hujan.

Tip dan tempat menarik di Pulau Langkawi Tip dan tempat menarik di Pulau Langkawi Reviewed by Lah Mohd on 06:13:00 Rating: 5

1 comment:

  1. Semua tempatnya best. Tak cukup kalau pergi bercuti kejap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.