Cara ke Lombok dari Bali atau ke Bali dari Lombok - OhVacay.Com

Cara ke Lombok dari Bali atau ke Bali dari Lombok


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan cara untuk ke Bali dari Lombok atau cara ke Lombok dari Bali.

Feri Lembar-Padang Bai atau Lembar-Padang Bai

Untuk makluman anda untuk ke Bali dari Lombok atau ke Lombok dari Bali anda mempunyai 3 pilihan iaitu:

1- Menggunakan kapal terbang

Menggunakan kapal terbang merupakan antara cara terpantas untuk ke Bali dari Lombok atau Lombok ke Bali. Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan ialah Lion Air dan Garuda dengan masa perjalanan sekitar 1 jam.

2- Menggunakan bot laju

Selain menggunakan kapal terbang, anda juga boleh menggunakan bot laju. Harga yang ditawarkan sekitar IDR400,000 dan keatas bagi seorang/sehala dan bergantung kepada jenis feri dan lokasi turun dan naik. Antara syarikat pengandali bot laju ialah:
a-  Lombok fast boat
b- Blue water express 
c- Lain-lain

3- Menggunakan Feri

Feri merupakan antara penghubung utama antara Lombok dan Bali iaitu antara Jeti Padang Bai, Bali dan Jeti Lembar, Lombok. Selain menyediakan perkhidmatan untuk penumpang, feri turut digunakan untuk mengangkut kenderaan. Harga yang ditawarkan cukup murah iaitu sekitar IDR40,000 seorang untuk sehala. Masa perjalanan pula sekitar 4 jam dan feri bergerak setiap jam. Bagi saya masa terbaik untuk menaiki feri adalah pada awal pagi dan lewat petang. Ini kerana anda boleh menikmati "sunrire" atau "sunset" di tengah lautan.

Cara ke Lombok dari Bali atau ke Bali dari Lombok Cara ke Lombok dari Bali atau ke Bali dari Lombok Reviewed by Lah Mohd on 21:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.