Pengalaman ke Bali - Sewa kereta + supir - OhVacay.Com

Pengalaman ke Bali - Sewa kereta + supir


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian 3H2M saya di Bali, Indonesia.

Pura Uluwatu
Pura Uluwatu

Percutian ini merupakan kali ketiga saya jejakkan kaki ke Indonesia. Kali pertama ke Bandung, kali kedua ke Lombok dan kali ketiga ke Bali. 

Sepanjang di sana saya menggunakan khidmat sewa kereta bersama pemandu Mas Yanto: +62 817 556 488. Secara purata harga yang ditawarkan ialah IDR350,000/ sehari (4 penumpang). Harga telah termasuk minyak, tol, parking dan pemandu. 

Dari segi penginapan, anda tidak perlu risau. Ini kerana harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Dengan harga serendah IDR200,000 anda sudah mampu untuk menyewa sebuah bilik double room dengan bilik dilengkapi tab mandi dan pemanas air. Bahkan lebih menarik, dengan mengeluarkan budget yang sama anda sudah mampu untuk menyewa bilik di bahagian pantai Kuta, Bali.

Tanah Lot
Tanah Lot

Bagi muslim anda tidak perlu risau tentang makanan halal. Ini kerana terdapat banyak restoran makanan halal di sana. Walaupun begitu, mejoriti penduduknya adalah bukan beragama islam. Jadi anda perlu berhati-hati sebelum memasuki restoran atau mencuba sesuatu makanan. 

Untuk makluman anda, tempat menarik di Bali boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu selatan, utara dan timur. Jadi bagi memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa disarankan untuk anda ke tempat menarik mengikut kawasan. Berikut saya senaraikan antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Bali.

Tegalalang
Tegalalang

Tempat menarik di Selatan Bali

1- Pantai Dreamland (IDR15,000/ kumpulan)
2- Pantai Padang-Padang (IDR5000 seorang)
3- Pura Uluwatu (IDR30,000 seorang)
4- Pantai Pendawa (IDR10,000 seorang)
5- Garuda Wisnu Kencana (IDR100,000 seorang)
6- Tari Barong (Bayaran masuk tidak diketahui
7- Pantai Nusa Dua (Bayaran masuk tidak diketahui)
8- Blue Point Beach (Bayaran masuk tidak tiketahui)

Tempat menarik di Utara Bali

1- Pura Taman Ayun
2- Danau Beratan Bedugul / Tasik Buyan
4- Pasar Candi Kuning - Pasar menjual buah, kain, baju dll.
5- Berbelanja di Agung
6- Tanah Lot

Tempat menarik di Timur Bali

1- Danau Batur Kintamani
2- Ubud - Dewa Putu Toris (perusahaan lukisan), Sari Amerta (perusahaan batik), perusahaan hiasan berasaskan emas, perak dll (masuk percuma)
3- Tegalalang - Padi lereng bukit
4- Perusahaan kopi Luwak (masuk percuma)
5- Tampak Siring temple

Tip menarik

1- Pastikan anda menyewa bilik berhawa dingin
2- Pastikan anda tawar menawar sebelum membeli
3- Boleh dikatakan semua tempat menarik di Bali adalah berbayar. Jadi anda perlu membuat anggaran budget untuknya


Untuk melihat gambar menarik, like facebook OhVacay.Com

Pengalaman ke Bali - Sewa kereta + supir Pengalaman ke Bali - Sewa kereta + supir Reviewed by Lah Mohd on 19:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.