Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian 2H1M di Gili Trawangan, Lombok.
Gili Trawangan |
Untuk makluman anda, Gili Trawangan terletak di antara Bali dan Lombok. Pemandangannya cukup cantik dan mendamaikan. Tiada kesesakan jalan, tiada pencemaran bunyi dan tiada pencemaran asap. Untuk menikmati keindahan pulau anda hanya mempunyai pilihan sama ada berjalan, berbasikal, menaiki kereta kuda atau berkuda. Sekiranya anda memilih untuk berjalan, masa sekitar 2 jam diperlukan untuk anda mengelilingi keseluruhan pulau dan sekitar 1 jam sekiranya anda berbasikal.
Dari segi makanan halal anda tidak perlu risau kerana mejoriti penduduknya adalah muslim. Harga yang ditawarkan agak murah bergantung kepada restoran yang anda pilih. Antara lokasi yang menawarkan makan malam yang murah ialah pasar malam yang berada berdekatan dengan jeti. Mengikut pengalaman, dengan berbelanja IDR50,000 anda sudah boleh mendapatkan nasi campur untuk dua orang makan.
Manakala, dari segi penginapan, kebanyakkan hotel murah berada di sekitar jeti. Dengan bayaran sekitar IDR200,000 anda sudah boleh mendapatkan bilik yang selesa. Untuk makluman anda, kawasan jeti lebih padat dan meriah berbanding kawasan lain kerana di kawasan ini terdapat perkampungan dan restoran, kedai dan sebagainya. Sekiranya anda inginkan kawasan yang romantik atau sunyi anda boleh memilih kawasan yang kedudukannya lebih jauh dari jeti. Contohnya di kawasan sunset point.

Gili Trawangan
Cara ke Gili Trawangan
Untuk ke Gili Trawangan anda mempunyai dua pilihan sama ada dengan menggunakan penerbangan terus ke Bali atau Lombok. Tapi dalam artikle ni saya hanya akan kongsikan pengalaman ke Gili Trawangan dari lapangan terbang antarabangsa Lombok sahaja memandangkan penerbangan saya ke Lombok.
Pilihan jeti:
1- Jeti Teluk Nara - Untuk Private bot
2- Jeti Pelabuhan Bangsal - Untuk bot awam dan bot laju biasa.
Pilihan bot yang anda boleh guna:
1- Private bot - Harga sekitar IDR350,000 - IDR400,000 sehala bagi sebuah bot dengan masa perjalanan sekitar 10-15 minit. Hanya dinaiki oleh kumpulan anda sahaja.
2- Bot laju biasa - Harga sekitar IDR100,000 seorang dengan masa perjalanan sekitar 20-30 minit. Akan dikongsi dengan penumpang lain.
3- Bot awam - Harga IDR15,000 dengan masa perjalanan sekitar 45 minit. Bot ini biasanya akan membawa bersama bekalan makanan ke pulau.
Untuk 'airport transfer' anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pengangkutan awam (taksi atau bas) atau menyewa kereta. Bagi saya menyewa sebuah kereta lebih menjimatkan sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar iaitu 4, 6 atau 8 orang. Ini kerana, dengan harga yang sama anda boleh berkongsi bersama rakan yang lain dan lebih selesa. Secara purata harga yang ditawarkan untuk "airport transfer" dari lapangan terbang ke jeti Bangsal ialah IDR400,000 (4 penumpang).
Catatan:
1- Untuk airport transfer, saya menggunakan perkhidmatan Mas Dedy: +62 818 0522 8292 -
2- Ini bukan pakej - Anda hanya menyewa kereta dan setiap aktiviti dirancang oleh anda sendiri.
3- Jeti = Pelabuhan

Tempat dan aktiviti menarik di Gili Trawangan
1- Snorkeling
2- Mandi pantai
3- Melihat sunset di Sunset Beach atau Ayunan Ombak Sunset
4- Melihat Sunrise
5- Menunggang kuda
6- Mengelilingi pulau
7- Pasar malam di sekitar jeti Gili Trawangan
Tip menarik
1- Pastikan anda tawar menawar sebelum menyewa basikal/ kereta kuda, membeli. Lokasi terbaik untuk membeli (baju, seluar dll) adalah di kawasan yang jauh dari jeti.
2- Mencuba Geleto (Aiskream)
3- Jangan lepaskan peluang untuk melihat sunset di Sunset Beach dan sunrise berdekatan jeti
4- Pastikan anda membeli tiket bot di kaunter yang disediakan.
5- Pastikan anda menyewa bilik berhawa dingin.

6- Secara purata harga sewa basikal IDR15,000/jam. Tapi ada sesetengah hotel menawarkan harga yang lebih murah sekitar IDR50,000/hari. Jadi anda boleh menyewanya dari hotel yang anda bermalam.
Pengalaman ke Gili Trawangan, Lombok
Reviewed by Lah Mohd
on
18:43:00
Rating:
No comments: