Pengalaman ke Lombok - Sewa Kereta + Supir - OhVacay.Com

Pengalaman ke Lombok - Sewa Kereta + Supir


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ini saya kongsikan pengalaman percutian sehari saya di kepulauan Lombok. Percutian ini merupakan sambungan kepada percutian ke Gili Trawangan.

Bukit Malaka
Bukit Malaka

Memandangkan masa untuk saya berada di Lombok terlalu singkat iaitu sehari (kerana akan ke Bali), maka saya mengambil keputusan untuk meneroka keindahan pantai di selatan Lombok sahaja. Lokasi pertama saya ialah pantai Tanjung Ann. Perjalan dari jeti Bangsal mengambil masa sekitar 3 jam dengan melalui Mataram dan beberapa kawasan yang laluannya sedikit berbukit.

Selain daripada pantai Tanjung Ann, saya turut ke beberapa lokasi lain seperti pantai Bukit Meresek dan Pantai Kuta. Kalau di ikutkan, banyak pantai menarik di Lombok yang boleh dikunjungi (rujuk senarai di bawah) tapi hanya beberapa pantai dapat saya kunjungi disebabkan oleh kesuntukan masa. 

Mengikut pengamatan saya, Lombok kaya dengan pemandangan pantai yang cukup cantik dan memukau. Boleh dikatakan pantai-pantainya masih belum terusik oleh pembangunan. Airnya jernih membiru. Lebih menarik apabila pantainya berada di tepi bukit dan dihiasi oleh ukiran batuan yang terbentuk hasil daripada hakisan air.

Pantai Pandanan
Pantai Pandanan

Untuk makluman, bagi memudahkan anda bergerak ke tempat menarik, disarankan untuk anda menyewa kereta bersama pemandu. Ini kerana, ada kalanya jarak di antara tempat menarik agak jauh dan memerlukan anda untuk memiliki kenderaan. Sepanjang di sana saya menggunakan khidmat sewa kereta + pemandu Mas Dedy: +62 818 0522 8292. Secara purata harga sewa kereta bersama pemandu sekitar IDR500,000 sehari (Harga tidak termasuk parkir kereta di tempat menarik - sekitar IDR10,000 - 20,000).

Bukit Meresek
Bukit Meresek

Dari segi makanan halal, anda tidak perlu risau. Ini kerana mejoriti penduduknya beragama islam. Bahkan pulau ini turut terkenal dengan pulau 1000 masjid.

Bagi peminat sukan luncur air, Lombok seharusnya disenaraikan sebagai salah satu tempat untuk anda lakukan aktiviti tersebut. Mengikut maklumat yang saya perolehi dari pemandu, tempoh masa sekitar 5-6 hari diperlukan untuk meneroka keseluruhan keindahan pulau Lombok. Berikut saya senaraikan antara pantai tercantik di Lombok.

Catatan: Harga sewa kereta tidak termasuk bayaran parking kereta.

Tempat menarik di Kepulauan Lombok

1- Pantai Tangsi
2- Pantai Pink
3- Tanjung Ringgit
4- Tanjung Bloam
5- Batu Payung
6- Tanjung Ann
7- Bukit Merese
8- Pantai Seger
9- Pantai Kuta Lombok

Pantai Tanjung Ann
Pantai Tanjung Ann
10- Pantai Mawun
11- Pantai Semeti
12- Selong Belanak
13-Pantai Nambung
14- Bangko-bangko
15- Pantai Senggigi
16- Dusun Sade
17- Gunung Rinjani
18- Air terjun di sekitar Gunung Rinjani
19- Pekan Mataram (untuk membeli cenderahati)

Pantai Malimbu
Pantai Malimbu

Tip menarik

1- Elakkan dari membeli dari penjual jalanan
2- Pastikan anda mencuba menu ayam teliwang
3- Pastikan anda tawar menawar sebelum membeli.
4- Masa sekitar 5-6 hari diperlukan untuk menikmati pemandangan keseluruhan Lombok


Untuk koleksi gambar menarik, like page facebook OhVacay.Com

Pengalaman ke Lombok - Sewa Kereta + Supir Pengalaman ke Lombok - Sewa Kereta + Supir Reviewed by Lah Mohd on 18:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.