Tempat terbaik menukar duit ke matawang asing di Kuala Lumpur - OhVacay.Com

Tempat terbaik menukar duit ke matawang asing di Kuala Lumpur


Menukar duit ke matawang asing merupakan antara perkara terpenting sebelum memulakan percutian. Tapi dimanakah anda menukarnya. Adakah kadar yang ditawarkan cukup murah?


Itu antara perkara yang sering di pertimbangkan sebelum membuat tukaran. Ini kerana, bagi mereka yang ingin membuat tukaran ke mata wang asing, sebolehnya mereka akan mencari nilai termurah. 

Namun bagi saya, tempat terbaik untuk membuat tukaran duit ke mata wang asing adalah di NU Sentral. Ini kerana harga yang ditawarkan cukup murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Contohnya, pada Oktober (2016) lepas, saya telah membuat tukaran Malaysia - Indonesia dengan kadar RM323.50 / IDR1,000,000. Kadar ini jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat lain yang menawarkan tukaran sekitar RM324 hingga RM326/ IDR1,000,000. 

Untuk makluman, sekiranya anda ingin membuat tukaran di NU Sentral disana terdapat 3 pengendali "money changer" yang berbeza. Jadi anda perlu membandingkan dahulu sebelum membuat tukaran. Ketiga-tiganya berada di aras LG.

Lokasi money changer di NU Sentral

1- LG 35
2- LG 47A
3 LG 11


Tempat terbaik menukar duit ke matawang asing di Kuala Lumpur Tempat terbaik menukar duit ke matawang asing di Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 08:32:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.