Aktiviti menarik di Bukit Keluang, Besut - OhVacay.Com

Aktiviti menarik di Bukit Keluang, Besut


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian sehari ke Bukit Keluang, Besut Terengganu.


Untuk makluman anda, Bukit Keluang terletak di Besut dan berdekatan dengan sempadan Kelantan - Terengganu. Sekiranya anda pernah bercuti ke Pulau Perhentian, jarak dari jeti Kuala Besut adalah sekitar 10 minit memandu. Dalam hal ini, untuk ke Bukit Keluang anda memerlukan kenderaan persendirian memandangkan jaraknya dari jalan utama agak jauh ke dalam.

Walaupun jaraknya agak jauh, namun pemandangan yang ditawarkan cukup cantik. Anda boleh memilih sama ada untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki Bukit Keluang atau hanya bersantai di sekitar pantai. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk melakukan beberapa aktiviti pantai lain seperti mandi manda atau mencuba sukan air. 

Untuk makluman anda, kawasan pantai Bukit Keluang terkenal dan sering menjadi lokasi para pengantin untuk melakukan aktiviti bergambar (photoshoot). Antara latar belakang yang menarik ialah pulau yang berbentuk seperti seekor paus (rujuk gambar di bawah) selain beberapa latar beakang lain.


Bagi mereka yang ingin menginap, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di sekitar pantai Bukit Keluang terdapat beberapa buah resort yang sesuai untuk anda bermalam terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Untuk melihat gambar menarik, like page Facebook OhVacay.Com

Aktiviti menarik di Bukit Keluang, Besut Aktiviti menarik di Bukit Keluang, Besut Reviewed by Lah Mohd on 07:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.