5D4M ke Gili Trawangan, Lombok & Bali dengan budget RM772.30 - OhVacay.Com

5D4M ke Gili Trawangan, Lombok & Bali dengan budget RM772.30

Gili Trawangan? Lombok?

Kat mana tu?

Meskipun namanya tidak terkenal seperti kepulauan Bali, Lombok dan Gili Trawangan mempunyai daya tarikannya tersendiri. Kedua-dua pulau ini berada bersebelahan dengan kepulauan Bali.

Bukit Meresek
Bukit Meresek, Lombok
Pantainya yang cantik dan airnya yang jernih, sememangkan akan memukau pandangan mata. Untuk kesana anda perlu menaiki feri sekitar 4 jam dari Bali atau 3 jam dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. 

Dalam hal ini, untuk ke Gili Trawangan dan Lombok, kosnya tidaklah besar. Untuk memudahkan anda membuat anggaran perbelanjaan. disini saya kongsikan secara ringkas jumlah perbelanjaan saya semasa bercuti ke Gili Trawangan, Lombok dan Bali pada November 2016.

Pantai Tanjung Ann
Pantai Tanjung Ann,Lombok
Secara kasarnya tanpa mengambil kira kos penerbangan dan tiket masuk tempat menarik, saya hanya peruntukkan sebanyak RM772.30. 


Kos perbelanjaan ke Gili Trawangan, Lombok dan Bali (5H4M)

1- Sewa kereta & pemandu

i- Sewa kereta di Lombok = IDR900,000 - 2 hari
(kos sewa termasuk kereta, pemandu, minyak. Tidak termasuk parkir kereta di tempat menarik sekitar IDR5,000 - IDR10,000)

ii- Sewa kereta di Bali = IDR1,130,000 - 3 hari
(kos sewa termasuk kereta, pemandu, minyak, tol, parkir)

Kos sewa kereta seorang IDR1,015,000 atau RM328

Note:
1- Kenderaan disewa boleh dinaiki 4 orang. Tapi saya hanya naik berdua. 


Pura Uluwatu
Pura Uluwatu, Bali


2- Hotel

i- Hotel/ homestay budget di Gili Trawangan = IDR200,000 (1 malam)
ii- Hotel/motel di Padang Bai, Bali  termasuk sarapan pagi = IDR200,000 - (1 malam)
iii- Hotel/motel di Kuta, Bali termasuk sarapan pagi = IDR480,000 (2 malam)

Kos sewa hotel/ motel seorang = IDR440,000 atau RM142

Note:
Semua bilik yang disewa adalah bilik berhawa dingin


3- Tiket feri

i- Dari Jeti Bangsal ke Gili Trawangan = IDR100,000 (terpaksa guna speedbot/ feri awam sebab nak cepat )
ii- Dari Gili Trawangan ke Jeti Bangsal = IDR15,000 seorang (guna bot awam - bot kayu)
iii- Dari jeti Lembar, Lombok ke Padang Bai, Bali = IDR40,000 seorang

Jumlah kos tiket bot/ feri seorang = IDR155,000 atau RM50


Gili Trawangan
Gili Trawangan


4- Sewa basikal di Gili Trawangan

IDR50,000/ basikal atau RM16 - 24 jam


5- Travel Insuran

RM26.30 - VIP plan


6- Makan

Anggaran sekali makan + - IDR50,000 x 13 kali = IDR650,000 atau RM210


Contoh harga Makanan di Bali


7- Tiket penerbangan

Kuala Lumpur - Lombok = RM200
Bali - Kuala Lumpur = RM200


Note:
1- Tukaran semasa percutian IDR1 juta = RM323.5
2- Kos di atas tidak termasuk:
ii- Bayaran masuk tempat menarik di Bali - Boleh dikatakan semua lokasi menarik mempunyai bayaran masuk
iii- Parkir kereta di tempat menarik di Lombok - sekitar IDR5,000 - IDR20,000


Baca juga

5D4M ke Gili Trawangan, Lombok & Bali dengan budget RM772.30 5D4M ke Gili Trawangan, Lombok & Bali dengan budget RM772.30 Reviewed by Lah Mohd on 04:29:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Replies
    1. Contact number kereta sewa di Lombok ke?
      Boleh baca dlm article pengalaman ke Lombok

      Delete

Powered by Blogger.