Tiket penerbangan merupakan antara perkara terpenting yang perlu disediakan sebelum memulakan percutian jarak jauh. Namun, seramai manakah yang mampu mendapatkan harga tiket termurah!!!
Tiket |
Dalam hal ini, mungkin masih ramai yang belum tahu tentang teknik untuk mendapatkan harga tiket flight termurah. Bagi membantu anda, disini saya kongsikan beberapa tip/ cara yang biasa saya gunakan untuk mendapatkan harga tiket flight termurah.
Cara mendapatkan harga tiket flight termurah
1- Menjadi ahli dan melanggan "newsletter"
Menjadi ahli dan melanggan "newsletter" adalah cara terbaik untuk mendapatkan harga tiket penerbangan termurah. Ini kerana dengan menjadi ahli anda akan menerima maklumat promosi lebih awal dari orang lain yang mana membolehkan anda untuk membuat persediaan awal sebelum tarikh promosi bermula. Selain itu, bagi syarikat penerbangan AirAsia kebiasaannya anda akan diberikan keutamaan untuk membeli tiket 24 jam lebih awal daripada orang lain. Dalam hal ini kebarangkalian untuk anda mendapatkan tiket murah adalah tinggi memandangkan masih belum ramai pemburu tiket memasuki sistem belian tiket.
2- Menggunakan Skyscanner
Menggunakan Skyscanner adalah antara cara termudah untuk mendapatkan harga tiket termurah. Cara ini sesuai digunakan pada bila-bila masa walaupun tiada promosi daripada syarikat penerbangan. Ini kerana, Skyscanner akan memberikan anda harga terendah berdasarkan kepada perbandingan harga yang dibuat daripada syarikat penerbangan.
Untuk lebih berkesan anda boleh ikut 2 langkah berikut:
1- Gunakan Skyscanner untuk dapatkan senarai syarikat yang menawarkan harga terendah
2- Bandingkan harga hasil carian Skyscanner dengan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Ini kerana, ada kalanya harga yang ditawarkan oleh Skyscanner berbeza dengan harga sekiranya anda membeli terus dari website syarikat penerbangan.
Untuk lebih berkesan anda boleh ikut 2 langkah berikut:
1- Gunakan Skyscanner untuk dapatkan senarai syarikat yang menawarkan harga terendah
2- Bandingkan harga hasil carian Skyscanner dengan harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Ini kerana, ada kalanya harga yang ditawarkan oleh Skyscanner berbeza dengan harga sekiranya anda membeli terus dari website syarikat penerbangan.
3- Membuat rancangan alternatif
Tip ketiga adalah membuat rancangan perjalanan. Dalam hal ini rancangan perjalanan perlulah terdiri daripada beberapa alternatif atau pilihan. Contohnya sekiranya anda ingin bercuti ke ke Korea, anda juga harus membuat perancangan percutian ke tempat lain yang anda minati. Ini kerana, sekiranya harga tiket ke Korea terlalu mahal anda masih mempunyai pilihan untuk ke tempat lain yang harganya lebih murah. Dalam hal ini, plan ke Korea mungkin boleh anda abaikan atau tangguhkan dahulu dan utamakan lokasi yang harga tiketnya lebih murah.
Selain itu, perancangan awal perlu bagi memudahkan anda membuat keputusan terutamanya sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar yang mana memerlukan keputusan mejoriti untuk mengubah lokasi percutian.
Selain itu, perancangan awal perlu bagi memudahkan anda membuat keputusan terutamanya sekiranya anda bercuti dalam kumpulan yang besar yang mana memerlukan keputusan mejoriti untuk mengubah lokasi percutian.
4- Fleksibel
Maksud fleksibel ialah, anda perlu mengikut rentak harga tiket. Ini kerana harga tiket ada kalanya tidak mengikut apa yang kita jangkakan dan inginkan. Jadi bagi membolehkan anda mendapatkan harga tiket termurah anda harus fleksibel semasa ingin membeli. Contoh, sekiranya harga tiket penerbangan terus terlalu mahal anda boleh mencari alternatif dengan memilih penerbangan transit yang biasaya lebih murah dari penerbangan terus.
5- Memilih lapangan terbang yang kurang sibuk
Memilih lapangan terbang yang kurang sibuk antara cara terbaik untuk mendapatkan tiket penerbangan termurah. Ini kerana, anda kurang bersaing untuk mendapatkan tiket memandangkan tidak ramai yang memilih lokasi tersebut.
6- Memiliki "online banking"
Sekiranya anda tidak mempunyai kad kredit, memiliki akaun atas talian adalah satu kemestian. Hal ini penting memandangkan segala transaksi atau urusan bayaran perlu dilakukan dengan cepat.7- Sediakan tabung travel
Tip terakhir adalah anda perlu sediakan tabung khusus untuk travel. Untuk selamat, pastikan anda menyimpan sekitar Rm500 hingga Rm1000 bergantung kepada destinasi tujuan anda. Ini kerana adakalanya promosi dilakukan di saat anda belum menerima gaji. Jadi dengan adanya tabung travel, anda boleh terus mendapatkan tiket murah tanpa perlu menunggu gaji.
Cara dapatkan harga tiket flight termurah
Reviewed by Lah Mohd
on
05:46:00
Rating:
No comments: