Aktiviti menarik di Lost World of Tambun, Perak - OhVacay.Com

Aktiviti menarik di Lost World of Tambun, Perak


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman percutian sehari ke Lost World of Tambun, Perak.

Lost World of Tambun
Lost World of Tambun
Bagi yang belum pernah berkunjung, Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema air yang terdapat di Malaysia selain Sunway Lagoon (Selangor), Gambang Water Park (Pahang) dan Austin Heights water park (Johor). 

Kadar bayaran yang dikenakan agak berpatutan iaitu:
Dewasa = RM60
Kanak-kanan = RM53
Warga emas =RM53

Harga tiket merangkumi bayaran masuk ke:
1- Water Park
2- Amusement Park
3- Tiger valley
4- Petting Zoo
5- Tin Valley
6- Hot Spring & Spa
7- Lupe's Adventure

Manakala, bagi aktiviti yang tidak tersenarai di atas bayaran tambahan sekitar RM5-RM10 dikenakan. Antaranya "Haunted Chambers" dan "Swan Lake". Namun sekiranya anda membeli tiket secara atas talian (online), harga yang ditawarkan lebih murah. Dalam hal ini, pilihan harga bergantung kepada pakej yang anda pilih. 

Untuk makluman anda, Lost World of Tambun mempunyai masa operasi yang berbeza iaitu:
1- Hari bekerja (isnin, rabu, khamis dan jumaat): 11.00 pagi - 6.00 petang
2- Hari minggu (sabtu dan ahad), cuti umum dan cuti sekolah: 10.00 pagi - 6.00 petang
3- Selasa: Ditutup kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah

Lost World of Tambun
Lost World of Tambun
Dari segi keluasan, taman tema Lost World of Tambun agak luas. Jadi bagi memastikan anda berpeluang untuk mencuba semua permainan yang ditawarkan disarankan untuk anda memulakan aktiviti di awal pagi.

Selain daripada melakukan aktiviti di atas, anda juga berpeluang untuk melihat pertunjukkan. Bagi memudahkan anda merancang aktiviti semasa berkunjung ke Lost World of Tambun, berikut saya senaraikan jadual pertunjukan yang dilakukan:

Lost World of Tambun
Lost World of Tambun
Dari segi makanan, harga yang ditawarkan agak mahal. Jadi untuk berjimat disarankan untuk anda mengambil sarapan pagi sebelum memasuki kawasan taman tema. Ini kerana, mengikut peraturan, anda tidak dibenarkan untuk membawa makanan luar ke dalam kawasan taman tema.

Aktiviti menarik di Lost World of Tambun, Perak Aktiviti menarik di Lost World of Tambun, Perak Reviewed by Lah Mohd on 18:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.