Mengembara di usia muda sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tidak kiralah pengembaraan tersebut dilakukan di dalam mahupun luar negara. Namun sebagai pelajar, berapa ramaikah yang mampu untuk mengembara semasa belajar. Tidak keterlaluan jika saya katakan hanya sebilangan kecil yang mampu mengambara semasa belajar. Dalam hal ini, faktor kewangan sememangnya menjadi penghalang terbesar.
Gili Trawangan, Lombok |
Sebenarnya untuk mengembara, tidaklah perlu untuk anda menjadi kaya terlebih dahulu atau mempunyai kerja tetap. Ramai sahaja yang tidak berpeluang untuk bercuti terutamanya ke luar negara setelah status pelajar bertukar kepada pekerja kecuali anda mempunyai jadual kerja yang fleksible. Ini kerana sebagai pekerja, komitmen anda akan bertambah. Namun sekiranya anda masih bergelar pelajar, anda bebas untuk menentukan masa untuk ada mengembara terutamanya semasa cuti semesta.
Dalam hal ini, untuk mengambara di usia muda anda perlu kreatif mencipta peluang. Anda tidak boleh terlalu bergantung kepada keluarga atau duit pinjaman semata-mata. Anda perlu berani dan rajin untuk berusaha. Di sini saya kongsikan 3 cara untuk anda sebagai pelajar mengumpul duit untuk mengembara.
3 cara kumpul duit untuk travel masa belajar
1- Menulis blog
Menulis blog merupakan antara cara yang boleh anda gunakan untuk dapatkan sumber kewangan. Anda boleh memilih sebarang topik asalkan ianya bermanfaat dan tidak menyalahi undang-undang atau menyentuh isu sensitif.
Namun, tidak dinafikan menulis blog bukan lah sesuatu yang mudah. Ini kerana, anda perlu rajin mengemaskini dan menyediakan bahan bacaan terbaru. Tapi sekiranya anda rajin insyaAllah usaha anda akan akan terbalas.
Untuk mengetahui bagaimana menulis blog boleh hasilkan duit anda boleh buat carian di enjin carian Google. Saya percaya ramai blogger yang kongsikan bagaimana cara untuk hasilkan blog dan bagaimana blog boleh hasilkan duit untuk anda.
2- Membuat jualan online
Modal sememangnya menjadi penghalang untuk anda memulakan perniagaan. Namun, percayakah anda sekiranya anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Mungkin ada yang merasa ianya seperti satu penipuan.
Untuk makluman anda, sememangnya perniagaan tanpa modal itu wujud. Ia bukanlah satu skim cepat kaya atau pun satu penipuan. Tapi ia adalah DROPSHIP. Untuk maklumat lanjut tentang dropship, anda boleh membuat carian di enjin carian Google.
3- Kerja sambilan
Tidak dinafikan sebagai pelajar masa anda sangat terbatas. Namun sekiraya anda pandai menyusun jadual anda mampu untuk melakukan kerja sambilan. Selain daripada bekerja untuk mengumpul sumber dana untuk mengembara, ia secara tidak langsung menambahkan pengalaman dan duit poket untuk anda belajar.
3 cara kumpul duit untuk travel masa belajar
Reviewed by Lah Mohd
on
06:27:00
Rating:
No comments: