Barang yang perlu dibawa untuk musim sejuk, luruh, bunga dan panas - OhVacay.Com

Barang yang perlu dibawa untuk musim sejuk, luruh, bunga dan panas

Mencegah lebih baik dari merawat. 

Perkara sama saya adaptasikan dalam menyediakan barangan keperluan semasa bercuti ke negara 4 musim khususnya. Ini kerana, perubahan suhu bukanlah satu perkara remeh dan mungkin akan mengganggu percutian anda. Tidak dinafikan anda boleh membeli keperluan setibanya di destinasi, tapi berapa lamakah masa yang perlu anda gunakan untuk mencarinya. Jadi, bagi mengurangkan risiko gangguan perubahan suhu atau musim semasa bercuti, disarankan untuk anda membuat persedian awal.

Tunnel Beach
Tunnel Beach, New Zealand
Namun begitu, tidak semua negara mengalami perubahan musim pada bulan yang sama. Dalam hal ini, anda perlu peka dengan kedudukan negara yang ingin anda lawati. Ini kerana, perubahan musim berlaku bergantung kepada kedudukan negara tersebut sama ada di himesfera utara atau selatan. Contohnya:


1- Europe dan Asia Timur 

Musim panas: June - Aug
Musim luruh: Sep - Nov
Musim sejuk: Dec - Feb
Musim bunga: March - May


2- Oceania (Cth: Australia  dan New Zealand)

Musim panas: Dec-Feb
Musim luruh: March - May
Musim sejuk: Jun - Aug
Musim bunga: Sep - Nov

Bagi memudahkan anda membuat persediaan, berikut saya senaraikan keperluan barangan yang biasa dibawa semasa bercuti ke negara 4 musim. Namun begitu, keperluan ini bukanlah satu kemestian, anda boleh mengubahnya bergantung kepada tahap ketahanan dan gaya fesyen anda. 


No.    Perkara       
Musim panas
Musim luruh
Musim sejuk
Musim bunga
1 T-shirt biasa 
2 Seluar biasa
3 Kasut
4 Cermin mata hitam

 ✔



5Pelembab bibir
 
 /  ✔
 /  ✔
6 Krim pelembab
 /  ✔
 /  ✔
7
Sweater/ cardigan

 /  ✔



8 Long John/ thermal

 



9 Glove
 
 /  ✔
 /  ✔
10 Muffler scarf
 
 /  ✔
 /  ✔
11 Heat pack
 
 /  ✔
 /  ✔
12 Winter coat
 
 /  ✔
 /  ✔
13 Winter hat
 
 /  ✔
 /  ✔
14 Winter sock
 
 /  ✔
 /  ✔
15 Winter boots
 
 


Catatan:
1- Bagi item ( /  ✔) nombor 9-14, keperluan untuk membawa bergantung kepada tahap ketahanan anda. Sekiranya anda jenis yang tidak tahan sejuk disarankan untuk anda membawanya sebagai persediaan terutamanya sekiranya anda berkunjung di penghujung musim luruh dan awal musim bunga. Ini kerana adakalanya perubahan musim boleh berlaku awal atau lewat 1-2 minggu.

Bagi item 'sweater/ cardigan' disarankan untuk anda membawanya sepanjang masa tanpa mengira musim. Ini kerana, suhu malam sememangnya tidak terjangka dan anda mungkin boleh gunakanya ketika kesejukan. 

Manakala bagi item 'pelembab' ia sangat diperlukan semasa cuaca sejuk bagi mengelakkan kulit anda menjadi kering.

Barang yang perlu dibawa untuk musim sejuk, luruh, bunga dan panas Barang yang perlu dibawa untuk musim sejuk, luruh, bunga dan panas Reviewed by Lah Mohd on 18:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.