Panduan sebelum menempah kereta ketika ingin bercuti - OhVacay.Com

Panduan sebelum menempah kereta ketika ingin bercuti


Kenderaan atau pengangkutan semasa bercuti merupakan antara perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan percutian. Ini terutamanya ke kawasan yang mana anda tidak boleh atau berisiko untuk membawa kenderaan sendiri atau tidak boleh dihubung melalui jalan darat. Sebagai alternatif, kenderaan sewa akan menjadi pilihan.

Sekadar Hiasan

Namun begitu, tidak dinafikan masih ramai yang ragu atau takut untuk menyewa kenderaan terutamanya di lokasi yang belum pernah mereka kunjungi. Jadi, disini saya kongsikan sedikit panduan yang biasa saya gunakan sebelum membuat tempahan kereta semada untuk pandu sendiri atau bersama pemandu.


Panduan sebelum menempah kereta ketika ingin bercuti

1- Tentukan jenis kenderaan

Menentukan jenis kenderaan dan bilangan penumpang merupakan perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat tempahan. Dalam hal ini, pilihan jenis kenderaan perlulah bersesuaian dengan bilangan penumpang. Sebolehnya pastikan kenderaan tidak terlalu kecil atau besar bagi memastikan penumpang selesa di sepanjang percutian. Selain itu, pertimbangkan juga ruang penyimpanan barang yang bakal anda bawa.

Dengan adanya maklumat ini ia akan memudahkan anda untuk mencari pemberi sewa yang bersesuai. Ini kerana, adakalanya tidak semua pengendali sewa kereta menawarkan kenderaan yang anda inginkan terutamanya kenderaan bersaiz besar.


2- Senaraikan nama syarikat/pemberi sewa

Menyediakan senarai pemberi sewa merupakan antara langkah terbaik untuk anda membuat pilihan. Dalam hal ini, anda perlu senaraikan sebanyak mungkin nama pemberi sewa kenderaan yang difikirkan rasional untuk anda menyewa daripada mereka. Selain daripada nama penyewa, anda juga perlu catatkan jenis kenderaan dan harga yang ditawarkan. Dengan adanya senarai ini ia secara tidak langsung memudahkan pilihan anda.


3- Bandingkan harga dan servis yang ditawarkan

Secara umumnya, harga yang ditawarkan oleh pengendali kereta sewa adalah berbeza. Walaupun bezanya kelihatan kecil, tapi sekiranya anda menyewa dalam tempoh yang lama ia secara tidak langsung akan menjadi beban kepada anda. Jadi pastikan anda membuat pilihan yang tepat sebelum menyewa. Selain harga, anda juga perlu melihat kepada spesifikasi kereta yang ditawarkan seperti tahun dikeluarkan dan sebagainya.

Di samping itu, pertimbangkan juga kos yang dikenakan sekiranya mengambil/ hantar anda ke airport. Sebolehnya cari la pemberi sewa kenderaan yang memberi harga yang paling murah atau percuma.

Manakala, bagi anda yang ingin mencari homestay atau rumah tumpangan untuk disewa, janagn terburu-buru untuk menyewa kereta. Ini kerana ada sesetengah pihak yang menawarkan kereta dan rumah untuk di sewa dalam satu pakej. Biasanya harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding menyewa secara berasingan. Dalam hal ini, anda perlu rajin membuat carian di enjin carian google dan sebagainya. 


4- Melihat komen pengguna sebelum

Membaca komen dari blogger atau mana-mana sumber yang boleh dipercayai antara cara termudah untuk anda melihat kelebihan dan kekurangan pengendali. Namun begitu, tidak semua syarikat pengendali mempunyai komen oleh pengguna. Jadi untuk memastikan servis yang ditawarkan adalah baik, anda perlu melihat kepada spesifikasi kenderaan yang ditawarkan seperti tahun kenderaan dikeluarkan dan maklumat lain yang disertakan.

Dalam hal ini, membaca komen pengguna sebelum sangat penting bagi mengelakkan anda tertipu seperti kereta yang ditawarkan terlalu lama, kereta tidak diservis dan sebagainya. Dengan membuat review sekurang-kurangnya anda boleh mengumpul maklumat tentang servis yang ditawarkan. 


5- Membuat tempahan

Langkah terakhir adalah membuat tempahan. Dalam hal ini, kebiasanya tempahan boleh dilakukan sama ada secara atas talian atau hubungi terus pemberi sewa melalui mesej/ whatapps/ call. Sekiranya tempahan boleh dilakukan secara manual (sewa melalui mesej/ whatapps/ call), gunakan peluang yang ada untuk anda tawar menawar.

Panduan sebelum menempah kereta ketika ingin bercuti Panduan sebelum menempah kereta ketika ingin bercuti Reviewed by Lah Mohd on 03:27:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.