Mahalnya tiket KLIA Express dan KLIA Transit nak ke KLIA/KLIA2 ni
Siapa la nak hantar aku ke KLIA/KLIA2 ni
Itu antara rungutan yang biasa kita buat atau dengar bila nak ke KLIA/KLIA2. Tidak terkecuali saya sendiri. Ini kerana, dengan adanya tawaran murah daripada syarikat penerbangan, pilihan untuk menggunakan kapal terbang sudah menjadi perkara biasanya. Namun begitu, kos perjalanan ke KLIA/KLIA2 masih menjadi dilema kepada kita. Ini kerana, adakalanya harga tiket kapal terbang adalah lebih murah daripada harga tiket ke KLIA/KLIA2.
KLIA |
Dalam hal ini, sudah menjadi kelaziman untuk kita mencari pilihan yang murah. Namun, mungkin ada di antara kita yang belum mengetahui tentang cara jimat ke KLIA/KLIA2 dengan menggunakan pengangkutan awam. Sebagai perkongsian, berikut saya kongsikan 3 cara paling jimat ke KLIA/KLIA2 dengan pengangkutan awam.
Cara jimat ke KLIA/KLIA2
1- KLIA transit
Secara umumnya, harga tiket KLIA transit adalah mahal sekiranya anda menaikinya dengan satu tiket. Untuk mendapatkan harga yang murah anda perlu menaikinya dengan menggunakan beberapa tiket. Contohnya, sekiranya anda dari TBS ingin ke KLIA harga tiket adalah RM38.40 sehala. Namun, sekiranya anda turun di Putrajaya Sentral dan membeli tiket baru, kos perjalanan anda hanya RM17.40 sehala. Untuk memudahkan pemahaman, anda boleh rujuk jadual harga dan contoh berikut:
Contoh:
1- Ke KLIA/KLIA2 dari TBS dengan 1 tiket
Harga yang dikenakan RM38.40.
2- Ke KLIA dari TBS dengan menggunakan 2 tiket.
Harga yang dikenakan:
TBS > Putrajaya & Cyberjaya = RM8.00
Putrajaya & Cyberjaya > KLIA/KLIA2 = RM9.40
Jumlah = RM17.40
Namun begitu, kaedah kedua mempunyai sedikit kelemahan. Anda mungkin jimat dari segi kewangan tapi anda mungkin rugi dari segi masa. Ini kerana, apabila anda turun untuk membeli tiket, anda perlu menunggu sekitar 20 minit untuk tran seterusnya.
Harga tiket KLIA transit |
2- Bas
Cara kedua adalah dengan menggunakan bas. Cara ini merupakan antara cara yang paling saya sukai. Ini kerana, selepas sahaja anda menaiki bas anda boleh rehat (tidur) tanpa perlu memikirkan untuk transit.
Bagi laluan KL Sentral- KLIA/KLIA2, harga tambang yang ditawarkan adalah sekitar RM10 sahaja (+ -). Masa yang diperlukan pula tidak terlalu lama iaitu sekitar 60 - 75 minit. Selain daripada KL Sentral, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas ke KLIA/KLIA2 di TBS, 1 Utama, Paradigm Mall dan beberapa lokasi lain.
Meskipun lokasinya banyak, pastikan anda menyemak dahulu destinasinya. Ini kerana, destinasi bas adalah berbeza. Mungkin bas tersebut hanya ke KLIA atau KLIA2 sahaja.
Untuk menyemak lokasi anda boleh klik pada pautan syarikat bas di bawah:
1- AeroBus
2- SkyBus
3- JetBus
3- GrabCar
Mungkin ada yang pelik kenapa saya senaraikan GrabCar sebagai salah satu cara jimat ke KLIA/KLIA2. Sebenarnya cara ini hanya jimat sekiranya anda menggunakan GrabCar dalam jumlah yang ramai. Contoh 4 orang. Ini kerana, apabila harga tambang dikongsi harganya akan menjadi lebih kurang sama tiket bas atau KLIA Transit sahaja.
Cara jimat ke KLIA/KLIA2
Reviewed by Lah Mohd
on
21:38:00
Rating:
No comments: