Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari ke Gunung Pulut.
|
Gunung Pulut |
Secara ringkasnya, Gunung Pulut terletak di daerah Gerik Perak dan memiliki ketinggian 651 meter dari aras laut. Untuk ke puncak masa sekitar 1 jam diperlukan dengan melalui trek dakian yang agak curam dan berbatu. Selain itu, di beberapa kawasan anda perlu beratur untuk melalui trek memandangkan laluannya agak sempit (sekiranya jumlah pendaki ramai). Untuk mendaki, permit tidak diperlukan, namun disarankan untuk anda membawa seorang pemandu arah untuk keselamatan.
|
Gunung Pulut |
Memandangkan misi dakian saya adalah untuk melihat matahari terbit, jadi semua pendaki perlu bersiap awal untuk memulakan dakian. Mengikut pengalaman, saya telah memulakan dakian pada jam 5 pagi. Ini bagi memastikan saya tidak terlepas peluang untuk melihat matahari terbit di puncak gunung.
|
Gunung Pulut |
Untuk makluman anda, keadaan di puncak sangatlah cantik. Untuk keselesaan disarankan untuk anda membawa 'sweater' terutamanya sekiranya anda memulakan dakian di awal pagi (sebelum matahari terbit). Selepas matahari mula meninggi, keadaan secara perlahan menjadi panas. Tempat untuk berlindung juga agak terhad memandangkan kebanyakkan tumbuhan yang hidup adalah tumbuhan renek. Mengikut pemerhatian saya, selepas sahaja hari cerah semua pendakai akan memulakan langkah untuk turun.
No comments: