Pengalaman ke Phuket dengan Motorsikal - OhVacay.Com

Pengalaman ke Phuket dengan Motorsikal

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman ke Phuket dengan motosikal.


Pilihan ini saya lakukan memandangkan Phuket boleh dihubung melalui jalan jalan darat selain ingin merasai kelainan semasa bercuti. Bak kata orang, masa muda adalah masa terbaik untuk kita mencuba atau melakukan sesuatu (asalkan ianya tidak melanggar undang-undang dan menjejaskan kesihatan). 

Untuk makluman anda, konvoi ini telah saya lakukan bersama 7 orang rakan. Jarak perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Phuket agak jauh iaitu sekitar 8 jam dengan jarak sekitar 500 km. Sepanjang perjalanan, tidak kurang dari 3 kali saya berhenti untuk mengisi minyak. Bagi saya menunggang motosikal di Thailand tidak susah. Ianya adalah sama seperti di Malaysia.

Dalam perjalanan ke Phuket

Meskipun anda boleh ke Phuket dengan menunggang motosikal atau memandu, namun anda perlu membeli insurans (perlindungan di Thailand). Bagi motosikal, harga insurans yang ditawarkan adalah serendah RM18. Anda boleh membelinya melalui egen yang berada di sekitar Changlun. Pastikan juga anda turut membawa bersama geran kenderaan. Ini perlu bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah hak milik anda.

Memandangkan kami semua tidak arif tentang jalan ke Phuket, jadi untuk memudahkan perjalanan ke sana kami menggunakan perisian maps sebagai pemandu arah. Sebelum tiba ke Phuket kami turut berhenti rehat di beberapa tempat untuk menghilangkan lenguh badan. Setibanya di Phuket, kami terus mencari hotel untuk menginap.

Dalam perjalanan ke Phuket

Memandangkan Phuket terkenal dengan keindahan pantainya, jadi tidak lengkap kunjungn kami sekiranya tidak menerokainya. Dalam hal ini, kebanyakan lokasi yang kami kunjungi adalah dengan menggunakan kenderaan sendiri. Selain itu, kami turut ke Phi Phi Island.

Baca juga: Pengalaman ke Phi Phi Island (akan di update kemudian)

Inginkan gambar menarik??? Like dan Follow facebook OhVacay.Com

Pengalaman ke Phuket dengan Motorsikal Pengalaman ke Phuket dengan Motorsikal Reviewed by Lah Mohd on 06:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.