Tempat murah beli alatan sukan/ alatan musim sejuk di Kuala Lumpur - OhVacay.Com

Tempat murah beli alatan sukan/ alatan musim sejuk di Kuala Lumpur


Harga yang murah, selesa dipakai dan boleh diguna lama antara ciri yang biasa dicari oleh kita. Tidak terkecuali saya sendiri dalam membuat pilihan. Namun berapa ramaikah antara kita sedar yang sebenarnya anda boleh dapatkan pakaian/alatan sukan dengan harga yang murah di Decathlon.

Decathlon

Bagi mereka yang berada di Damansara, Decathlon mungkin tidak asing lagi bagi mereka. Dengan kepelbagaian pilihan barangan yang ditawar lengkap dari kepala hingga ke kaki, Decathlon sememangnya sesuai kepada anda yang sedang mencari alatan sukan.

Selain itu, Decathlon turut menawarkan beberapa koleksi pakaian musim sejuk. Contohnya winter coat, glove, winter hat, thermal shirt, stoking dan kasut.

Dari segi harga, dijamin anda akan berpuas hati. Harga yang ditawarkan cukup murah dan berbaloi. Memang rambang mata dibuatnya. Contoh:
1- Sleeping bag Forclaz yang sesuai sehingga suhu 0 - RM199 (harga sama untuk semua saiz)
2- Winter coat - Sekitar RM200 ++ bergantung kepada jenis
3- Towel travel - RM19 (saiz M) - harga berbeza bagi tiap saiz

Decathlon

Untuk kesana tidaklah susah. Lokasinya berada di tepi jalan. Setkan sahaja waze anda dengan lokasi Decathlon Malaysia, anda pasti menemuinya. Namun bagi anda yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, untuk kesana mungkin sedikit sukar. Ini kerana anda mungkin perlu gunakan taksi kerana jaraknya dengan stesen train agak jauh.

Bagi anda yang ingin membeli secara atas talian (online), anda boleh berbuat demikian dengan melayari website "Decathlon Malaysia". Meskipun Decathlon menawarkan jualan barangan secara atas talian, namun pilihan barangan adalah terhad dan harga yang ditawarkan adalah lebih mahal berbanding sekiranya anda berkunjung sendiri ke Decathlon di Damansara.

Tempat murah beli alatan sukan/ alatan musim sejuk di Kuala Lumpur Tempat murah beli alatan sukan/ alatan musim sejuk di Kuala Lumpur Reviewed by Lah Mohd on 17:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.