Dengan adanya tawaran tiket murah daripada syarikat penerbangan, menjadi kelaziman untuk kita menggunakan pesawat ke Langkawi. Namun, adakalanya harga yang ditawarkan tidaklah terlalu murah. Sebagai alternatif, bas merupakan pilihan terbaik untuk anda ke Langkawi sekiranya anda tidak mempunyai kereta.
|
Kuala Perlis |
Untuk makluman anda, untuk ke Langkawi dengan bas adalah cukup mudah. Anda tidak perlu menunggu sehingga adanya promosi seperti syarikat penerbangan. Ini kerana harga yang di tawarkan adalah harga tetap. Secara purata harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis adalah sekitar RM50 sehala. Harga ini adalah berbeza mengikut jenis syarikat pengendali bas. Dalam hal ini, anda boleh dapatkan sebarang tiket asalkan bas tersebut menghala ke Kuala Perlis.
|
Terminal feri Kuah |
Masa perjalanan pula adalah sekitar 6 hingga 7 jam. Meskipun masa perjalanan agak lama, ianya agak berbaloi kerana anda boleh rehatkan badan di dalam bas. Dalam hal ini, disarankan untuk anda membeli tiket untuk perjalanan pada sebelah malam.
Setibanya di terminal bas Kuala Perlis, anda hanya perlu berjalan sekitar 5 minit ke terminal feri. Sekiranya anda tidak yakin laluan ke terminal feri, anda boleh bertanyakan kepada pemandu bas. Untuk makluman anda, jarak antara terminal feri dan terminal bas hanya terlindung oleh satu blok bangunan deretan kedai sahaja.
|
Pantai Cenang |
Manakala, masa perjalanan dari terminal feri Kuala Perlis ke terminal feri Kuah (Langkawi) adalah sekitar 1 jam 15 minit dengan tiket berharga RM18 sehala untuk dewasa. Feri pertama akan berlepas pada jam 7 pagi dan feri berikutnya akan berlepas selang satu jam. Feri terakhir ke terminal Kuah adalah pada jam 7 malam.
|
Pulau Beras Basah |
Sekiranya anda tidak membuat tempahan awal untuk kereta sewa, anda boleh dapatkanya di terminal Kuah. Dalam hal ini, terdapat beberapa individu yang menawarkan khidmat sewa kereta dengan harga yang agak berpatutan. Pastikan anda membuat tawar menawar sebelum membuat sewaan.
No comments: