Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Kali ni saya kongsikan pengalaman sehari ke Lata Medang.
Air Terjun Lata Medang |
Secara ringkasnya Lata Medang terletak di Kuala Kubu Bharu. Untuk kesana anda perlu memandu menghala ke Kampung Pertak. Bagi memudahkan perjalanan, anda boleh setkan waze anda dengan lokasi Kampung Pertak.
Jambatan pejalan kaki ke Air Terjun Lata Medang |
Untuk memasuki kawasan air terjun anda akan dikenakan bayaran RM 1 seorang. Manakala untuk sampai ke Air Terjun Lata Medang, anda perlu berjalan sekitar 1 1/2 - 2 jam.
Memandangkan kawasan air terjun berada berdekatan dengan kawasan kampung, jadi terdapat beberapa trek laluan yang mungkin mengelirukan anda. Bagi memastikan anda berada dilaluan yang betul, anda boleh berpandukan kepada tanda lilitan plastik yang dibuat di batang atau ranting pokok.
Pemandangan ke Air Terjun Lata Medang |
Bagi anda yang tidak biasa melalukan aktiviti mendaki, laluan ke Air Terjun Lata Medang boleh dianggap mencabar. Ini kerana, anda perlu melalui laluan yang agak licin (sekiranya hujan) dan mendaki.
Pemandangan ke Air Terjun Lata Medang |
Untuk makluman anda, untuk melakukan aktiviti trekking ke Air Terjun Lata Medang, permit dan pemandu arah tidak diperlukan. Meskipun begitu, bagi tujuan keselamatan disarankan untuk anda bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Air Terjun Lata Medang |
Sepanjang perjalanan ke Air Terjun Lata Medang anda akan mendengar aliran air terjun. Selain itu, bagi sesetengah kawasan, anda boleh melihat aliran air terjun yang mengalir jernih.
Air Terjun Lata Medang |
Untuk makluman anda, Air Terjun Lata Medang boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat mempunyai keunikkan tersendiri. Namun begitu, bagi saya Air Terjun peringkat tertinggi sangat cantik. Dalam hal ini, anda boleh berdiri di bawah aliran air terjun. Airnya cukup jernih dan sejuk. Manakala, kawasan sekitarnya masih terpelihara. Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti "barbecue", disini terdapat kawasan yang sesuai untuk anda melakukannya.
Air Terjun Lata Medang |
Pengalaman ke Air Terjun Lata Medang
Reviewed by Lah Mohd
on
09:06:00
Rating:
No comments: