13 sebab kenapa anda perlu travel masa muda - OhVacay.Com

13 sebab kenapa anda perlu travel masa muda

Lain padang lain belalangnya,
Lain orang lain ragamnya.

Tidak dinafikan setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Adakalanya minat tersebut terlalu unik dan tidak terfikir dek akal. Contohnya seperti menyimpan koleksi patung animasi kegemaran. Namun dalam hal ini, hobi bukanlah tajuk utama yang ingin saya bincangkan tapi saya akan bincangkan 13 sebab kenapa anda perlu travel semasa anda masih muda.

New Zealand
New Zealand

Pada hemat saya, di usia muda luangkanlah masa anda untuk travel, mengenali budaya dan melihat pembangunan kawasan lain. Sekurang-kurangnya biarlah ada satu aktiviti yang anda lakukan dalam masa setahun. Sekiranya anda tidak yakin atau mampu untuk travel jauh, cukuplah sekadar travel/bercuti di dalam negara. Ini kerana, Malaysia sendiri terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya yang boleh anda pelajari/kenali.

Dalam hal ini, anda jangan sesekali menunggu masa untuk travel apabila anda sudah bekerja atau bersara. Ini dikuatiri masa yang ditunggu tidak kunjung tiba. Sekiranya anda tidak yakin untuk bergerak seorang, carilah kenalan yang mempunyai minat yang sama. Anda boleh mula dengan lokasi yang dekat dan secara perlahan mencari lokasi yang lebih jauh. Berikut saya senaraikan sebab kenapa anda perlu travel di usia muda.

Tanah Lot, Bali
Tanah Lot, Bali


13 sebab mengapa anda perlu travel masa muda

1- Cari pengalaman 

Pengalaman itu tidak boleh dijual beli. Jadi semasa anda masih muda dan bertenaga, luangkan lah sedikit masa dan kewangan untuk melihat dunia luar. Anda akan menyesal sekiranya tidak lakukannya sekarang. Ini kerana, di saat usia telah meningkat, anda tidak lagi mempunyai tenaga yang kuat untuk travel walaupun mempunyai sumber kewangan. Langkah anda telah terbatas.

Pengalaman yang anda perolehi sekarang mungkin akan anda ingat sepanjang hayat. Dan tidak keterlaluan sekiranya saya katakan, mungkin hanya sekali dalam seumur hidup anda akan sampai ke sesuatu lokasi yang berjarak jauh.

Ho Chi Minh
Ho Chi Minh

2- Cari ilmu

Ilmu itu tidak terbatas. Ia tidak terhad kepada pendidikan formal sahaja tapi turut melibatkan pendidikan tidak formal. Maksud disini anda perlu belajar tentang kehidupan sebenar. Buku tidak menceritakan segala-galanya dan anda perlu mencarinya di dunia nyata. Jadi dengan travel anda mampu untuk mencari ilmu yang mana boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bahkan lebih menarik dengan travel anda akan menjadi lebih berkeyakinan dan bijak dalam membuat keputusan.


3- Menjadi lebih bijak & berkeyakinan

Mungkin ada yang tidak percaya  bahawa aktiviti travel boleh menjadikan anda lebih bijak, berkeyakinan dan matang. Ini kerana, dengan travel anda akan terbiasa dengan keadaan bersendirian untuk membuat keputusan yang bijak dan pantas. Contohnya, sekiranya anda tersesat, anda perlu bijak menentukan siapakah yang boleh ditanya dan tidak. Ini kerana, sekiranya anda tidak biasa mungkin anda senang ditipu.

Gardens by the bay, Singapore
Gardens by the bay, Singapore

4- Kos yang rendah

Disaat anda masih muda, komitmen anda untuk keluarga masih kecil. Bagi yang belum berkahwin, komitmen anda sangatlah kecil kecuali untuk ibubapa. Jadi peruntukan masa dan sedikit sumber kewangan untuk travel ke negara luar. Peluang tidak datang berkali, dan mungkin apabila anda sudah berkahwin dan memiliki anak anda tidak lagi berpeluang untuk ke luar negara disebabkan jumlah tanggungan yang ramai.


5- Tenaga masih kuat

Di usia muda travel ala backpacker dan tidak menggunakan pakej amatlah digalakkan. Anda tidak perlu impikan percutian yang terlalu sempurna seperti katil yang empuk. Ini kerana, travel ala backpacker tersangatlah indah. Anda bebas menyusun jadual aktiviti, lokasi dan mendekati penduduk sekitar dengan lebih dekat. Anda bebas untuk bergerak kerana anda masih bertenaga untuk bergerak lebih pantas.

Lombok, Indonesia
Lombok, Indonesia

6- Belajar berdikari 

Sesekali cubalah anda keluar dari zon selesa. Cubalah untuk hidup berdikati. Travel adalah cara terbaik untuk anda berdikari. Ini kerana anda jauh dari keluarga dan kenalan. Jadi anda perlu kreatif dan bijak membuat keputusan.


7- Belajar menghargai

Travel merupakan satu cara untuk anda belajar menghargai. Ini kerana sewaktu travel anda mempunyai budget yang terhad. Jadi setiap apa yang anda ada akan anda hargai walaupun hanya bernilai RM1.

Jepun


8- Belajar mengurus kewangan

Kewangan sememangnya menjadi masalah terbesar dalam kehidupan. Tapi percayakan anda bahawa travel mampu melatih seseorang untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Ini kerana, dengan sumber yang terhad semasa travel mereka perlu bertindak berdasarkan keperluan bukannya kehendak.


9- Mencari matlamat hidup

Dengan travel anda mampu untuk menentukan pilihan hidup anda. Apa maklamat yang anda carikan. Adakah sekadar hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup.

Gunung Baling, Malaysia
Gunung Baling


10- Kenali budaya

Jangan terlalu selesa dengan apa yang anda miliki. Cuba untuk belajar sesuatu yang baru. Tidak salah untuk anda mengenali sesuatu budaya selagi ianya tidak bercanggah dengan agama yang anda anuti.

Jadilah seorang yang berfikiran terbuka. Jangan di dunia moden ini anda masih seperti rusa masuk kampung. Ini kerana, setiap negara mempunyai bahasa, budaya dan etnik yang berbeza. Jadi dengan travel anda tidak lagi merasa asing dengan keadaan sekitar


11- Kurang risiko kesihatan

Usia memainkan peranan untuk anda malakukan aktivit lasak. Ini kerana, semakin meningkat usia, semakin terhad aktiviti yang mampu anda lakukan. Dalam hal ini, meskipun anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, kudrat anda tidak lagi setanding dengan mereka yang muda.

Langkawi, Malaysia
Langkawi, Malaysia


12- Hak anda untuk bebas

Hidup anda bukanlah untuk kerja atau majikan semata-mata. Anda merupakan manusia yang dicipta dengan pelbagai keinginan dan memerlukan rehat. Dalam hal ini, anda harus bijak bertindak dan membuat pilihan selagi ianya tidak mnyalahi undang-undang dan hukum agama. Jangan lah terlalu taksub dengan kerja sehinggakan anda lupa untuk mengembirakan diri anda sendiri.


13- Tidak menyesal di kemudian hari

Peluang itu sukar untuk diperolehi. Jadi manfaatkan ruang dan peluang yang anda miliki sebelum ianya hilang buat selama-lamanya. Mungkin ada yang merancang untuk travel bersama pasangan, namun harus anda ingat bahawa peluang hari ini tidak akan pernah kembali untuk kali kedua. Meskipun ada, ianya tidak lagi sama seperti peluang pertama.

13 sebab kenapa anda perlu travel masa muda 13 sebab kenapa anda perlu travel masa muda Reviewed by Lah Mohd on 11:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.