Cara semak senarai hitam Imigresen - OhVacay.Com

Cara semak senarai hitam Imigresen


Kau nak ke overseas ni, dah semak ke senarai hitam imigresen?
Wei, aku ada hutang la, lepas ke nak ke overseas ni?

Itu antara ayat yang biasa kita dengar apabila mahu ke luar negara. Ayat ini juga menjadi igauan ngeri kepada mereka yang mempunyai masalah hutang. Hanya mereka yang pernah alaminya tahu betapa terhadnya pergerakkan mereka. Mana tidaknya, semua tiket telah dibeli dan ditempah, tapi pada hari penerbangan ke luar negara anda dihalang daripada menaiki pesawat. 

Lebih menyedihkan apabila penerbangan tersebut merupakan percutian bersama keluarga. Disebabkan sedikit kesilapan daripada anda, isteri/suami dan anak-anak turut sama terkandas di lapangan terbang. Semua perancangan percutian musnah sekelip mata.

Dalam hal ini, meskipun semakan telah dibuat sebulan awal sebelum tarikh penerbangan, tidak bermaksud anda tidak akan dihalang pada hari penerbangan. Ini kerana, semakan tersebut hanya terpakai pada tarikh dan masa semakan sahaja. Untuk kurangkan risiko ini, saya sarankan anda turut membuat semakan sehari sebelum tarikh penerbangan (atau beberapa jam sebelum penerbangan). Ini kerana, sekiranya terdapat sebarang sekatan, anda masih mempunyai masa untuk membuat bayaran minimum hutang untuk dibenarkan ke luar negara (terutamanya PTPTN). 

Bagi memudahkan anda, disini saya kongsi 3 langkah mudah untuk membuat semakan senarai hitam imigresen.


Cara semak senarai hitam Imigresen

1- Buka website Jabatan Imigresen Malaysia

Klik pautan ini > Jabatan Imigresen Malaysia. Paparan di bawakah akan terhasil.



2- Masukkan 12 digit nombor MyKad anda

12 digit nombor MyKad perlu dimasukkan tanpa tanda " - ". 


3- Klik semak

Status perjalanan anda akan dipaparkan (rujuk gambar di bawah). Status "Tiada Halangan" bermaksud anda tidak dihalang ke luar negara, dan sebaliknya terjadi sekiranya anda dihalang ke luar negara. 


Selesai..... Selamat Bercuti 

Cara semak senarai hitam Imigresen Cara semak senarai hitam Imigresen Reviewed by Lah Mohd on 00:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.