Volunteer SEATRU - OhVacay.Com

Volunteer SEATRU

SEATRU?

Mungkin jarang didengar oleh kita tentang akronim SEATRU (Sea Turtle Research Unit). Namun, disebalik akronim tersebut terdapat satu program volunteer pemuliharaan penyu yang di naung oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 1998 dan terletak  di Chagar Hutang, Pulau Redang. Pengambilan Volunteer pula dibuka setiap tahun dan sepanjang tahun kecuali musim tengkujuh.

Pulau Redang
Green Turtle menimbus sarang selepas bertelur
Secara umumnya, sebagai seorang volunteer, anda akan diberikan peluang untuk mendekati dan membantu tugas pemuliharaan penyu seperti merekod jumlah penyu mendarat, menetas, mengukur dan memasang tag. Dalam hal ini, anda akan ditugaskan mengikut shift selama seminggu (8H7M). Lebih menarik, sebagai volunteer SEATRU, impian anda untuk melihat dan bersama penyu tidak akan dikecewakan.

SEATRU, Chagar Hutang
Mengira jumlah penetasan anak penyu untuk tujuan rekod
Mengikut pengalaman menjadi volunteer pada 5 hingga 12 Ogos 2017, puluhan ekor penyu mendarat dalam satu malam untuk bertelur seolah-olah menyambut kedatangan saya. Meskipun berada dalam jarak yang jauh dan hanya bercahayakan cahaya bulan, saya masih dapat melihat kehadiran penyu. Waktu kemuncak penyu mendarat adalah sekitar jam 8 malam hingga 12 tengah malam. 

Pulau Redang
Chagar Hutang, Pulau Redang
Mengikut rekod terdapat dua spesis penyu yang mendarat di Chagar Hutang iaitu Green dan Hawksbill. Namun begitu, jumlah spesis Hawksbill yang mendarat adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan spesis Green. Justeru, peluang anda untuk melihat Hawksbill tersangatlah rendah. 

Chagar Hutang
Chagar Hutang, Pulau Redang
Selain daripada tugas yang terkandung di dalam jadual seorang volunteer, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti riadah lain seperti:
i- Jungle treking 
ii- Spa udang 
iii- Berkayak
iv- Mencuba stand up paddle
v- Snorkeling
vi- Menikmati keindahan pantai dan bintang, dan
vii- Merehatkan minda/ bercuti

Chagar Hutang
Chagar Hutang, Pulau Redang
Untuk menjadi seorang volunteer SEATRU, caranya cukup mudah. Ini kerana, ia terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas. Meskipun begitu, terdapat sedikit bayaran yang akan dikenakan. Bayaran ini digunakan untuk menampung kos makanan selama seminggu (8H7M), tiket bot (dua hala) ke Pulau Redang dan lain-lain kemudahan.

Chagar Hutang
Terumbu karang di Chagar Hutang, Pulau Redang
Bagi pelajar Malaysia anda akan dikenakan bayaran RM500 dan RM800 bagi ketogeri bukan pelajar. Manakala USD200 bagi pelajar antarabangsa dan USD350 bagi warga asing (Harga bayaran sehingga Feb 2018). Maklumat lanjut berkaitan SEATRU dan pendaftaran anda boleh klik pautan berikut:

Secara umumnya, untuk mendaftar sebagai volunteer anda perlu:
i- Buat semakan kekosongan slot
ii- Pilih slot yang di inginkan
iii- Isi borang yang dilampirkan dan selesaikan bayaran
iv- Pos dokumen
v- Semakan status pendaftaran

Volunteer SEATRU Volunteer SEATRU Reviewed by Lah Mohd on 06:07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.