Pengalaman ke Gunung Angsi melalui Bukit Putus - OhVacay.Com

Pengalaman ke Gunung Angsi melalui Bukit Putus

Gunung Angsi !!!

Secara ringkasnya Gunung Angsi terletak di Negeri Sembilan dan memiliki ketinggian 825m dari aras laut. Memandangkan terdapat dua trek ke puncak Gunung Angsi, anda boleh setkan waze sama ada ke trek Bukit Putus atau Ulu Bendul. Namun dalam atrikle ini saya hanya akan kongsikan pengalaman mendaki melalui trek Bukit Putus.

Gunung Angsi
Gunung Angsi

Untuk mendaki, permit adalah diwajibkan. Permit boleh dipohon di pejabat hutan dengan harga RM5 pada hari yang sama anda mendaki. Untuk makluman, pondok pejabat hutan ini berada di kedua-dua lokasi iaitu trek Bukit Putus atau Ulu Bendu.

Berdasarkan notis yang ditampal di pejabat hutan Bukit Putus, permit mendaki hanya dikeluarkan bermula dari jam 6 pagi hingga 11.30 pagi. Dalam kata lain, anda hanya dibenarkan mendaki sebelum jam 11.30 pagi sahaja. Manakala, dari segi penggunaan pemandu arah ianya tidak diwajibkan memandangkan treknya mudah dan tidak mengelirukan.

Mengikut pengalaman, untuk sampai ke puncak Gunung Angsi masa sekitar 1 jam 45 minit diperlukan. Namun, sekiranya anda mempunyai stamina yang baik mungkin anda boleh sampai ke puncak dengan lebih cepat.

Gunung Angsi
Trek Gunung Angsi

Dari segi permukaan trek, mengikut pemerhatian saya treknya boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu curam dan laindai/separa curam. Trek curam anda akan temui pada awal pendakian dan sebelum tiba di pucak dan trek landai/ separa curam anda akan temui pada pertengah dakian.

Untuk makluman, saiz ruang untuk berteduh/redup di puncak agak kecil dan terhad. Manakala, untuk bergambar, hanya terdapat beberapa posisi yang sesuai memandangkan sesetengah posisi ditutupi dengan pepohon tinggi.

Note:
Tiada sumber air disepanjang trek dakian melalui Bukit Putus. Anda disarankan membawa air yang mencukupi.


Pengalaman ke Gunung Angsi melalui Bukit Putus Pengalaman ke Gunung Angsi melalui Bukit Putus Reviewed by Lah Mohd on 23:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.