Pengalaman ke Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu langat - OhVacay.Com

Pengalaman ke Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu langat

Gunung Nuang !!!

Secara ringkasnya Gunung Nuang terletak di Selangor dan diketogerikan sebagai puncak tertinggi  di Selangor dengan ketinggian 1,493m atau 4,898 kaki dari aras laut. Selain itu, Gunung Nuang diketogerikan sebagai puncak yang mempunyai trek dakian yang paling panjang di Selangor.

Gunung Nuang
Trek antara Puncak pengasih ke puncak Gunung Nuang
Untuk mendaki permit adalah diwajibkan. Permit boleh dipohon pada hari yang sama anda mendaki di pondok berhampiran dengan pintu permulaan mendaki dengan bayaran RM1. Dalam hal ini anda perlu menulis maklumat diri seperti nama, No telefon etc.

Dari segi masa dakian dan permukaan trek, secara kasarnya masa sekitar 5 jam diperlukan yang mana anda perlu melalui 4 peringkat trek iaitu:

Peringkat 1 - Bermula di pintu masuk hingga ke Kem Lolo

Secara kasar, untuk sampai ke kem Lolo masa sekitar 2 jam diperlukan. Trek di peringkat ini boleh diketogerikan sebagai paling senang yang mana sebagagiannya adalah bersimen. Sepenjang trek ke kem Lolo anda akan melalui 6 pondok dan menyeberangi 3 anak sungai. Sekiranya anda merancang untuk bermalam, kawasan pondok ke-6 dan kem Lolo adalah kawasan terbaik untuk bermalam memandangkan tanahnya yang rata dan berdekatan dengan sumber air.


Peringkat 2 - Kem Lolo ke Kem Pacat

Secara kasar, masa sekitar 1 jam 30 minit diperlukan untuk sampai ke Kem Pacat dari Kem Lolo. Permukaan treknya pula adalah lebih curam yang mana mejoriti treknya adalah tanah. Jarang sekali anda akan berada di trek yang landai. Meskipun begitu ianya masih boleh diketegorikan sebagai sederhana sukar. Untuk makluman, Kem Pacat adalah lokasi terakhir untuk anda mendapatkan punca air. Laluannya berada di sebelah kiri (dari kem Lolo) yang mana perlu berjalan sekitar 5 minit. 


Peringkat 3 - Kem Pacat ke Puncak Pengasih

Secara kasar, masa sekitar 1 jam diperlukan untuk anda tiba ke Puncak Pengasih. Permukaan treknya boleh diketogerikan sebagai paling sukar, curam dan berbatu jantara keempat-empat peringkat. Ini kerana, adakalanya anda perlu menggunakan tali dan mungkin merangkak untuk naik keatas. Meskipun treknya sukar, setibanya di Puncak Pengasih anda dapat menikmati udara yang sejuk dan nyaman.

Gunung Nuang
Trek antara Kem pacat ke Puncak Pengasih, Gunung Nuang

Peringkat 4 -  Puncak Pengasih ke puncak Gunung Nuang

Peringkat terakhir adalah dari Puncak Pengasih ke puncak Gunung Nuang. Dalam hal ini masa sekitar 20 minit diperlukan. Treknya pula kembali senang seperti peringkat pertama dakian. Meskipun begitu, sebelum tiba ke puncak anda perlu melalui lereng yang hanya beberapa meter dengan gaung. Setibanya di puncak, anda akan disambut oleh beberapa ekor tupai yang jinak.

Pengalaman ke Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu langat Pengalaman ke Gunung Nuang melalui Pangsun, Hulu langat Reviewed by Lah Mohd on 05:57:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.